Rabu, 21 November 2012

BAHAGIAN C [ MENCARI NILAI MURNI ]

CERITA 1:

Suraya seorang murid yang disenangi oleh rakan-rakannya. Dia selalu datang awal ke sekolah. Dia seorang murid tidak suka membuang masa oleh itu dia akan terus mengemas
kelas apabila datang awal. Suraya juga suka membantu rakan-rakannya yang bermasalah dalam pelajaran. Bukan itu sahaja, Suraya banyak membantu ibu bapanya di rumah untuk meringankan beban keluarganya.Suraya juga sangat rajin mengulangkaji pelajaran apabila
ada masa lapang.Hasilnya, Suraya selalu mendapat tempat pertama di dalam kelas. Suraya juga dipertanggungjawabkan sebagai ketua kelas kerana  komitmen yang dipamerkannya. Suraya seorang murid yang baik dan berdisiplin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan